HANOI 21 Jun – Jika sekilas pandang, anda mungkin menyangka sekumpulan ayam di Vietnam mungkin berpenyakit gara-gara mempunyai sepasang kaki yang besar dan mengerikan berbanding ayam biasa.
Namun sebenarnya, ayam berkenaan merupakan baka unik dan jarang ditemui, dikenali sebagai ayam Dong Tao yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Vietnam terutamanya bagi golongan kaya dan mewah.
Menurut laporan portal Oddity Central, seekor ayam Dong Tao dewasa boleh mencapai berat antara tiga dan enam kilogram, manakala bahagian kakinya boleh menyamai besar pergelangan tangan manusia dewasa.
Ayam betina kebiasaannya berwarna putih, manakala ayam jantan baka tersebut mempunyai bulu yang berwarna-warni. Daging ayam Dong Tao dikatakan lebih sedap berbanding ayam biasa, menyebabkan permintaan yang tinggi daripada orang ramai.
Menurut Oddity Central, sekilo daging ayam Dong Tao boleh mencecah harga antara 350,000 dong (RM59) dan 400,000 dong (RM68) bergantung pada bahagian ayam tersebut, manakala baka ayam berkenaan dijual pada harga enam juta dong (RM1,027) seekor.
Malah harga ayam Dong Tao meningkat berkali ganda semasa musim perayaan Tet, sambutan Tahun Baharu Vietnam ekoran permintaan yang tinggi.
Berdasarkan rekod, pada 2013, seorang petani dari bandar Ho Chi Minh pernah menolak tawaran yang kurang daripada 50 juta dong (RM8,561) bagi sepasang ayam Dong Tao yang dibelanya.
Dear brothers and sisters into the Dhamma
ReplyDeleteWe would like to inform all Buddhists in Malaysia about YIP KUM FOOK who is the president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur. Buddhists have to follow any precepts rules but YIP KUM FOOK there is nothing any precepts rules in Buddhism, it is very embarrassing.
Also, he called the police to harass the Buddhist monks at the temple. Adding he cheated Myanmar monk’s money, many people know about it.
On the other hand, this YIP KUM FOOK did not feel ashamed and embarrassed of the Buddha, he thought, he was a very successful person, also he is dirty in MCA politics
Thank you so much and please share with all
Mr fong, kajang