Pages

Wednesday, May 13, 2015

Kembar lahir berselang tiga tahun




GEORGE (tengah) bersama kembarnya, Lilah (kiri) dan Noah yang dilahirkan tiga tahun selepas kelahirannya.


LEICESTER, Britain – Seorang wanita menarik perhatian umum apabila melahirkan anak kembar tiga yang berselang tahun melalui kaedah persenyawaan tabung uji atau In Vitro Fertilization (IVF) baru-baru ini.
Sarah Swann yang merupakan seorang pengurus sistem teknologi maklumat telah melahirkan anak sulungnya, George yang kini berusia tiga tahun sebelum diikuti pasangan kembar, Lilah dan Noah walaupun mereka bertiga sebenarnya disenyawakan pada masa yang sama.
Ketika menjalani kaedah kehamilan melalui IVF, doktor telah memilih lima telur terbaik dan berjaya disenyawakan.
Dua daripada telur tersebut dimasukkan ke dalam rahimnya, manakala tiga lagi disimpan dalam peti sejuk beku.
Swann menjalani rawatan IVF kedua pada Mei tahun lalu. Doktor telah meletakkan kembali dua embrio daripada telur yang disimpan tersebut sekali gus membolehkan dia mengandungkan pasangan bayi kembar lelaki dan perempuan.
“Sungguh menakjubkan untuk difikir apabila anak kembar saya dilahirkan berselang tiga tahun. Orang ramai pasti tidak akan percaya jika saya memberitahu perkara ini,” ujar Swann. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3Zxr4QET2 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment