Pages

Sunday, April 12, 2015

Lintah jadi haiwan kesayangan

Tokyo: Kebiasaannya haiwan yang comel dan manja seperti kucing, anjing atau hamster sering dijadikan pilihan sebagai haiwan peliharaan.
Bagaimanapun, lain pula cerita seorang lelaki di sini, yang menjadikan lintah sebagai haiwan kesayangannya.
Lebih menjijikkan lagi lelaki yang tidak dikenali itu memberi haiwan berkenaan makan darahnya sendiri.
Satu rakaman video yang tersebar di media sosial baru-baru ini menunjukkan lelaki itu membiarkan lintah kesayangannya menghisap darah dari tangannya.
Rakaman itu menunjukkan lintah berkenaan hampir sama besar dengan lengan lelaki itu.
Lintah biasanya akan menggigit mangsanya dan akan menghisap darah sehingga ia kekenyangan.
Rakaman itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang terkejut melihat saiz lintah berkenaan yang terlalu besar.
Seorang pengguna media sosial berkata, lelaki itu sungguh berani kerana sanggup membiarkan lintah berkenaan menghisap darahnya sendiri.
“Membiarkan haiwan penghisap darah sebesar itu di dalam rumah sesuatu yang menggerunkan,” katanya.
Walaupun lintah dianggap sebagai parasit dan menjijikkan, haiwan itu sering digunakan dalam kaedah perubatan alternatif.
Pakar perubatan percaya lintah boleh membantu membersihkan darah kotor dan digunakan bagi merawat pelbagai penyakit seperti tonsil dan buasir.
Kaedah itu sudah diamalkan dalam perubatan tradisional sejak 2,500 tahun dahulu dan dipercayai pertama kali digunakan di Mesir. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 April 2015 @ 5:12 AM


SEDUTAN rakaman video menunjukkan seorang lelaki membiarkan lintah menghisap darahnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43231#sthash.bh6bbd91.dpuf

No comments:

Post a Comment