Pages

Wednesday, April 1, 2015

40 anak masih tak cukup

London: Seorang lelaki di sini dianggap sebagai bapa paling banyak zuriat di Britain apabila dia mempunyai seramai 40 anak hasil hubungannya dengan 20 wanita.
Mike Holpin, 56, berkata, dia masih mahu menambah zuriatnya walaupun sukar untuk dia mengingati nama semua anaknya.
Katanya, seramai 22 anaknya dinamakan dengan nama keluarganya manakala 18 lagi tidak berbuat demikian.
“Sebenarnya saya tidak dapat mengingati jumlah sebenar anak saya dan kemungkinan masih ramai lagi yang tidak saya ketahui,” katanya.
Menurutnya, anaknya berusia antara tiga hingga 37 tahun.
Holpin kini berusaha mencari semua anaknya dan mencacah tatu nama mereka di belakangnya sebagai cara untuk mengingati mereka.
Menurutnya, dia mempunyai ramai anak kerana sikapnya suka berfoya-foya dengan wanita dan tidak suka dengan kaedah mencegah kehamilan.
“Saya sebelum ini mengalami ketagihan alkohol yang teruk menyebabkan ramai anak saya dijaga ibu mereka atau jabatan kebajikan.
“Kini saya sudah berjaya mengatasi masalah ketagihan berkenaan dan saya berazam untuk bertemu dengan semua anak-anak saya,” jelasnya.
Kata Holpin, dia kesal kerana hubungannya dengan wanita sering berakhir dengan kegagalan kerana sikapnya yang kaki botol dan kaki perempuan.
“Akibat ketagihan dan kaki perempuan, ramai anak-anak saya terabai dan terpaksa dijaga oleh jabatan kebajikan.
“Ia membuatkan saya berasa amat teruk kerana yang menderita adalah anak-anak saya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2015 @ 9:22 AM


HOLPIN bersama dua anaknya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40665#sthash.ASOxmFS0.dpuf

No comments:

Post a Comment