Pages

Monday, March 23, 2015

Puteri Syah Karman yang jelita

wanitasholehahPuteriSyahKarman
Mohd Selim Zainal Monday, October 27, 2014
PuteriSyahKarman


Puteri Syah Al-Karmani adalah seorang yang cantik jelita dan menjalani kehidupan sufi seperti ayahnya. Dia sangat zuhud,warak, dan qanaah berpuasa siang hari dan bangun berjaga di malam hari. suatu hari seorang raja Karman datang melamarnya, tetapi pinangannya ditolak.

Syah Karman pergi dari masjid ke masjid untuk mencarikan calon yang bersesuaian dan disukai oleh anaknya. Akhirnya berjumpalah Syah Karman dengan seorang pemuda yang sangat bagus solatnya dan tutur katanya.

"Wahai pemuda! Apakah engkau sudah beristeri?" tanya Karman
"Belum,"jawab pemuda itu.

"Maukah engkau berkahwin dengan seorang wanita yang sentiasa berpuasa di siang hari, bangun di malam hari, rajin membaca al-Quran,warak, zuhud dan qanaah. Yang penting dia sangat cantik."

"Siapakah yang mahu berkahwin dengan saya seorang pemuda yang tidak mempunyai apa-apa ini?" tanya si pemuda sufi itu.

"Aku akan mengahwinkan engkau dengan anakku sendiri."
Pemuda itu akhirnya bersetuju . Kemudian itu, Syah Karman pun memberitahu puterinya bahawa dia telah menjumpai calon yang bersesuaian dengan puterinya. Syah Karman menyatakan bahawa pemuda calon pilihannya itu adalah seorang ahli ibadah, zuhud, qanaah dan lain-lain sifat lelaki yang diingini oleh puterinya.
Selesai akad nikah, Syah Karman menghantarkan puterinya yang jelita itu ke rumah suaminya kemudian dia pun pulang.

Sebaik sahaja puteri Syah Karman memasuki pintu dan melihat sekeping roti di dalam rumah suaminya itu muka bertukar menjadi masam.

"Apakah itu?"tanya pengantin perempuan kepada suaminya.
'Sekeping roti kering sisa semalam sengaja aku tinggalkan untuk berbuka petang ini."jawab si suami.

Puteri itu terus berpaling dan melangkah pulang ke rumah bapanya.

"Aku sudah menduga bahawa puteri Syah Karman pasti tidak suka bersuamikan orang seperti aku yang fakir miskin ini. Dia tidak redha dengan kefakiranku dan kemiskinanku."

Ketahuilah wahai suamiku bahawa aku puteri Syah Karman keluar dari rumahmu bukan disebabkan kefakiran dan kemiskinanmu?"kata puteri Syah Karman.

"Jadi apa yang menyebabkan engkau keluar daripada rumahku,"tanya pemuda itu.

"Disebabkan oleh kelemahan keyakinanmu." kata puteri Syah Karman.

"Ayahku memberitahu bahawa calon suaminya adalah seorang pemuda yang zuhud. Bagaimana dia menyifatkan suaminya seorang yang bertawakal kepada Allah dan zuhud sedangkan di rumahnya ada masih menyimpan sekeping roti?"

"Kalaulah masalah ini berpunca daripada sekeping roti aku minta maaf wahai isteriku"kata pemuda itu.


Ketika itu, si pemuda itu pun mengeluarkan sebuku roti yang menjadi punca masalah dan menyedekahkannya kepada fakir miskin. Setelah itu barulah puteri Syah Karman yang zuhud dan jelita itu mahu masuk. Hiduplah mereka berdua sebagai pasangan suami isteri yang berbahagia dengan tujuan yang sama yakni menuju jalan Allah. 

No comments:

Post a Comment