Pages

Sunday, March 22, 2015

Pesawat Guna Sisa Minyak Masak Selamat Tiba Ke Destinasi


Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 4:24 PM

SHANGHAI: Sebuah syarikat penerbangan China membuat penerbangan komersial sulungnya pada Sabtu menggunakan bahan api bio yang diperbuat daripada sisa minyak masak.
Usaha tersebut dilaksanakan selepas kerajaan menggalakkan kelestarian alam sekitar.
Menurut kenyataan daripada pesawat Boeing Amerika Syarikat, penerbangan Hainan Airlines dari hub komersial Shanghai ke Beijing menggunakan bahan api yang dibekalkan Penerbangan Nasional China dan syarikat bahan api gergasi, Sinopec.
"Pesawat Boeing 737 itu menggunakan campuran 50-50 antara bahan api jet konvensional dan bahan api bio yang diperbuat daripada sisa minyak masak yang dikumpul daripada restoran di China," menurut kenyataan itu.
Jurucakap Boeing mengesahkan kepada AFP bahawa pesawat itu selesai membuat penerbangan pada Sabtu.
Minyak masak yang dikenali sebagai 'minyak longkang' dalam bahasa ibunda China mendapat perhatian media untuk mendedahkan tentang sisa produk yang terbuang digunakan semula bagi kegunaan manusia.
Penerbangan pertama di dunia yang dikuasai sepenuhnya oleh bahan api bio diterbangkan pada 2012 dari Ottawa, Kanada dan terdapat juga penerbangan komersial lain yang menggunakan campuran biofuel bersama bahan api jet konvesional.
Pesawat Qantas Australia dan Air Canada antara penerbangan komersial yang diuji menggunakan bahan api bio.
Tahun lepas, Boeing mengumumkan syarikatnya akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan komersial China untuk memperbanyakkan penerbangan bahan api bio.
Disamping itu juga, projek yang sama akan dijalankan bersama institut penyelidikan di bawah Akademi Sains China.

No comments:

Post a Comment