Pages

Monday, March 16, 2015

Lelaki kayuh basikal lawan graviti



LELAKI itu yakin dengan kebolehannya dan tidak memikirkan perasaan takut ketika mengayuh basikal menentang graviti.– AGENSI


PHOENIX, Arizona – Seorang penunggang basikal profesional mengayuh basikal salah satu laluan paling berbahaya di dunia dengan permukaan berbatu dan keadaan hampir menegak.
Aksi Michal Kollbek dirakam ketika dia mengayuh melawan graviti di laluan berbahaya tersebut yang dikenali sebagai Garisan Putih di Taman Negara Red Rock, dalam negeri Arizona.

KOLLBEK mengayuh basikal di laluan paling bahaya di dunia iaitu di Garisan Putih, Red Rock State Park.– AGENSI


Rakaman tersebut dibuat menggunakan sebuah pesawat kawalan jauh atau dron.
"Saya yakin dengan kebolehan dan tahu mampu melakukannya. Kuncinya adalah tidak memikirkan perasaan takut dan fokus terhadap kayuhan tersebut," ujar Kollbek

DIA berjaya membuat kayuhan pergi dan balik tanpa sebarang masalah.– AGENSI


Video berdurasi satu minit itu menyaksikan Kollbek berjaya membuat kayuhan pergi dan balik tanpa sebarang masalah.
Kollbek memberitahu, dia bertindak mengempiskan tayar basikalnya untuk mendapat cengkaman di permukaan berbatu semasa membuat kayuhan berbahaya itu baru-baru ini. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3UVFW2ddb 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment