Pages

Wednesday, March 18, 2015

Kerapu RM10,000

Miri: Seekor ikan kerapu bersaiz luar biasa dengan berat 168 kilogram berjaya ditangkap nelayan di perairan Tukau, di sini, kelmarin.
Ikan kerapu yang dijual lebih RM10,000 itu menjadi rebutan pengusaha restoran di bandar ini selain turut menjadi tumpuan orang ramai yang tidak melepaskan peluang melihat ikan bersaiz luar biasa terbabit.
Pembeli bertuah yang juga pengusaha makanan laut, Ah Tai Chian, 55, berkata, dia gembira apabila berjaya membeli ikan kerapu itu walaupun terpaksa berebut dengan pengusaha restoran lain.
“Ramai yang tidak ingin melepaskan peluang membeli ikan ini kerana ia satu yang pelik dan dipercayai membawa tuah kepada pembeli serta orang yang memakannya.
“Saya tidak kisah walaupun terpaksa menghabiskan wang ribuan ringgit asalkan ikan ini menjadi milik saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ketika ditanya harga sebenar ikan itu, Ah Tai enggan mendedahkan jumlah wang yang dilaburkan untuk membeli ikan berkenaan, namun dipercayai dia menghabiskan lebih RM10,000 untuk membeli ikan berkenaan.
Ah Tai berkata, ikan itu akan dijadikan hidangan istimewa di restorannya khusus untuk pelanggan yang inginkan hidangan berbeza.
“Saya difahamkan nelayan terpaksa mengambil masa lebih empat jam untuk membawa ikan ini naik ke atas kapal dan umpannya hanya ikan hidup,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37760#sthash.YygIPzE3.dpuf
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:42 AM



KERAPU yang berjaya dipancing di kawasan perairan Tukau, Miri.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37760#sthash.wRu97iLF.dpuf

No comments:

Post a Comment