Pages

Friday, March 20, 2015

Kalau ajal belum sampai

Islamabad: Seorang lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh ketika dia masih kanak-kanak dipersiapkan untuk menjalani hukuman mati sebelum pelaksanaannya ditangguhkan pada saat terakhir.
Shafqat Hussain diarah memakai seragam putih dan diminta menulis pesanan terakhir sebelum dibawa ke tempat hukuman.
Namun, hukuman itu ditangguhkan sekurang-kurangnya selama tiga hari.
Peguam Shafqat berkata, tertuduh baru berusia 14 tahun pada 2004 apabila dia diseksa - termasuk dicucuh dengan rokok dan kukunya dicabut - bagi mendapatkan pengakuannya membunuh seorang kanak-kanak lain.
Kes itu menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi manusia dan mendorong ahli keluarganya membuat rayuan menyayat hati.
Abang Shafqat, Gul Zaman berkata hukuman itu ditangguh untuk selama-lamanya tetapi akhbar The Dawn melaporkan ia ditangguh hanya selama tiga hari.
Menurut Gul Zaman, dia bersama Shafqat ketika pemuda terbabit bersedia untuk menerima hukuman yang ditetapkan mahkamah.
“Mereka memakaikan seragam putih dan mengarahnya menulis wasiat,” katanya.
Melalui pesanan yang sepatutnya menjadi terakhir itu, Shafqat menulis: “Saya tidak bersalah. Mereka menghukum saya atas kesalahan yang saya tidak lakukan untuk membebaskan pelaku sebenar.”
Ibu Shafqat, Makhani Begum semalam memberitahu mereka berjaga sepanjang malam untuk berdoa kepada Tuhan supaya menyelamatkan pemuda terbabit.
“Kami putus harapan untuk melihat Shafqat hidup lagi, namun kami bersyukur kerana Tuhan menyelamatkan anak saya daripada hukuman kejam,” katanya.
The Dawn melaporkan, siasatan terhadap kes berkenaan akan dijalankan bagi melihat bagaimana Shafqat membuat pengakuan. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 5:16 AM


KAKAK Shafqat (kiri) menyuap manisan kepada ibu mereka sebagai meraikan penangguhan hukuman mati dibuat pihak penjara Pakistan di rumah mereka di Muzaffarabad, Kashmir semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38136#sthash.ClijBKYq.dpuf

No comments:

Post a Comment