Pages

Thursday, March 5, 2015

Jadi jutawan dengan jual produk luput tarikh



AGENSI - CLUDERAY (kanan) bersama rakan peniagaannya, Needham di gudang mereka di Sheffield, Britain.


NOTTINGHAMSHIRE, Britain – Seorang lelaki dari Worksop di sini berjaya menjadi jutawan hanya dengan menjual makanan yang telah luput tarikh melalui internet.
Lelaki tersebut, Dan Cluderay, 40, memberitahu, produk jualannya mendapat sambutan hangat daripada golongan wanita yang sibuk tetapi memilih harga yang murah.
Katanya, perniagaan syarikatnya, Approved Food itu mampu memberi penjimatan sebanyak £60 (RM336) seminggu kepada pengguna berbanding harga di pasar raya besar tetapi tetap dijamin dari segi kualiti.
Dia memulakan perniagaan tersebut selepas tertekan dengan kerjaya dalam bidang Teknologi Maklumat pada 2001 dengan menjual secara kecil-kecilan produk coklat berjenama, minuman ringan dan kerepek di kios-kios.
Menurut Cluderay, sebenarnya terdapat dua tarikh yang perlu diambil perhatian oleh pengguna iaitu ‘baik sebelum’ dan ‘gunakan sebelum’.
Jelasnya, tarikh ‘baik sebelum’ bermaksud makanan tersebut masih berada pada tahap optimum, manakala tarikh ‘gunakan sebelum’ pula melibatkan aspek keselamatan iaitu boleh mendatangkan mudarat sekiranya dimakan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3TSb23khA 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment