Pages

Monday, March 30, 2015

Cendawan Umpama Patung Manusia Kerdil


Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 4:31 PM
Cendawan yang kelihatan seolah-olah membentuk kepala dan memiliki tangan umpama patung manusia.

SEKALI pandang umpama patung manusia, tetapi apabila diamati barulah ia kelihatan seperti cendawan. Itulah spesis terbaharu tumbuhan itu yang ditemui di Norfolk, United Kingdom (UK).
Jonathan Revett dari Cockley Cley bertanggungjawab menemui kulat yang dinamakangeastrum britannicum itu bagi melambangkan keunikan tumbuhan berkenaan di negara berkenaan.
Revett, 49 berkata: "Ia kelihatan umpama cendawan berbentuk orang kerdil. Memang kelihatan pelik bagaimana ia boleh membentuk sedemikian, seolah-olah memiliki kepala dan tangan.
"Bentuknya yang unik menarik perhatian saya."
Walaupun dikesan pada 2000, ia tidak diterima sebagai salah satu spesis kulat yang tumbuh dengan banyaknya di Norfolk.
Bagaimanapun, 15 tahun kemudian, ahli mikologi dari Sepanyol menjalankan ujian DNA terhadap tumbuhan itu dan mengesahkan ia sebahagian spesis cendawan.
Revett yang meminati bidang mikologi telah menjalankan kajian berkaitan kulat sejak lebih 40 tahun dan membangunkan laman web, fenfungi.com.
"Adalah menakjubkan apabila mengetahui saya menemui sesuatu yang baharu berkaitan kulat.
"Kebiasaannya saya tidak akan mempersoalkan pihak pakar tetapi saya dapat rasakan ada suatu keistimewaan pada penemuan ini.
"Malahan, saya akan lokasi penemuan kulat itu setiap tahun dan mendapati ia sentiasa tumbuh di situ.
"Sesuatu yang tidak masuk akal apabila memikirkan saya akan ke tempat sama hanya untuk melihat kawasan yang dipenuhi cendawan pelbagai saiz yang pernah saya temui suatu masa dulu," katanya.
Sejak penemuan itu, tiga lagi spesimen dikumpul sekitar Norfold, malahan ia turut dikesan di Hampshire dan Welsh Borders.
Menurut Pemandu Pelancong dan Hidupan Liar berpangkalan di Norfolk, Carl Champman, ia bukannya sesuatu yang baharu untuk Norfolk, malah dunia.

No comments:

Post a Comment