Pages

Tuesday, March 10, 2015

Apple keluarkan jam bersadur emas 18 karat



SALAH satu jam tangan mewah edisi terhad Apple yang bersadur emas 18 karat. - AGENSI


CALIFORNIA – Syarikat Apple semalam melancarkan jam tangan edisi terhad bersalut emas 18 karat, batu nilam dan kristal yang dijual pada harga AS$10,000 (RM36,800).
Jam tangan istimewa itu akan menjadi produk paling mahal firma berkenaan sejak pengeluaran komputer Lisa yang dibangunkan oleh pengasasnya, Steve Jobs pada harga yang sama tahun 1983.
Produk ini merupakan inovasi baharu pertama Apple sejak Jobs meninggal dunia pada 2011 dan dilancarkan oleh Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook kelmarin.
Penganalisis berpandangan pengeluaran produk baharu ini sebagai satu percubaan untuk Apple menembusi pasaran barangan mewah Asia dan mampu menjadi permulaan terhadap keseluruhan pasaran baharu.
"Apple merupakan satu-satunya jenama teknologi yang berpotensi untuk beralih daripada barangan teknologi kepada jenama mewah. Ia belum pernah terjadi sebelum ini," kata Ketua Analisis Teknologi Penyeli­dikan Jackdraw, Jan Dawson.
Sempena pelancaran jam tangan Apple ini, Cook menerangkan secara terperinci bagaimana pelanggan boleh menggunakan butang yang ada di bahagian tepi jam tersebut untuk menghidupkan aplikasi di skrin seperti iPhone.
Selain jam tangan mewah bersalut emas yang disasarkan untuk golongan atasan, App­le turut menawarkan produk bagi golongan pertengahan iaitu jam tangan sukan yang dijual pada harga bermula AS$349 (RM1,284) – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3Tx7gGOI0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment