Pages

Saturday, February 21, 2015

Baju Modi RM2.5j

New Delhi: Sut dipakai Perdana Menteri India, Narendra Modi ketika menemui Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dengan jaluran monogram tertulis namanya dijual semalam dengan harga 43 juta rupee (RM2.5 juta).
Sut itu dibeli peniaga berlian Lalji Patel - juga berasal dari Gujarat seperti Modi - selepas memenangi bidaan diadakan semalam.
Sut itu dianggarkan bernilai lebih 1 juta rupee (RM59,000) dan diselar pembangkang kerana dianggap tidak sensitif kerana dilelong ketika jutaan rakyat India hidup dengan belenggu kemiskinan.
Pegawai Gujarat, Milind Toravane berkata, sut berkenaan dan barangan lain yang dijual sebenarnya hadiah diterima Modi selepas menjadi perdana menteri pada Mei tahun lalu.
Antara hadiah lain termasuk barangan perhiasan perak dan gangsa.
Wang hasil jualan akan digunakan untuk mencuci Sungai Ganges.
Sepanjang menjadi Ketua Menteri Gujarat dari 2001 hingga 2014, Modi kerap menjual barangan dihadiahkan kepadanya dengan wang jualan digunakan untuk program pendidikan kanak-kanak perempuan di negeri itu. -AP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 5:07 AM


BAJU yang dipakai Modi ketika menemui Presiden Amerika Syarikat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32097#sthash.EUY2rpm8.dpuf

No comments:

Post a Comment