Pages

Thursday, January 1, 2015

Pampasan RM1.7j

Pampasan RM1.7j | Harian Metro: "Beijing: Ibu bapa remaja yang didapati tidak bersalah selepas dihukum mati 18 tahun lalu akan mendapat ganti rugi lebih 2 juta yuan daripada mahkamah sebanyak 2 juta yuan (RM1.1 juta).

Hugjiltu, 18, (gambar) disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati pada 1996, namun dibebaskan awal bulan lalu oleh mahkamah di Inner Mongolia, sembilan tahun selepas orang lain mengaku melakukan kesalahan berkenaan.

Mahkamah yang mengisytiharkan remaja terbabit tidak bersalah ‘atas dasar kekurangan bukti’ berkata dalam kenyataan dibuat di Internet bahawa ibu bapanya akan menerima 2,059,621.40 yuan (RM1.7 juta), namun tidak menyatakan bagaimana jumlah itu dicapai.

Hugjiltu dipercayai disoal siasat selama 48 jam sehingga mengaku merogol dan mencekik mati seorang wanita di dalam tandas sebuah kilang kain. Dia dihukum mati 61 hari selepas kematian mangsa.

Selama sedekad, keluarganya berusaha membuktikan dia tidak bersalah dan perbicaraannya dilakukan semula, November lalu.

Sistem mahkamah China jarang membebaskan pesalah, malah tahun lalu 99.93 peratus tertuduh disabitkan.

Penggunaan kekerasan untuk memaksa suspek mengaku salah masih dilakukan secara meluas. Suspek juga lazimnya tidak mendapat pembelaan sewajarnya ketika perbicaraan.

Ini bukan kali pertama banduan yang tersilap dihukum mati didapati tidak bersalah. Ada kalanya orang lain mengaku melakukan jenayah terbabit, namun ada juga kes ‘mangsa bunuh’ ditemui dalam keadaan selamat.
- AFP"



'via Blog this'

No comments:

Post a Comment