Pages

Tuesday, January 27, 2015

Dokumentari khas keakraban singa dan manusia



SIRGA sentiasa memeluk erat Gruener ketika bertemu.


KALAHARI, Botswana – Seekor singa dewasa yang mula dikenali di laman pengkongsian video YouTube tahun lalu selepas aksinya memeluk dan bermanja dengan seorang lelaki tersiar, kini diajar cara-cara untuk memburu.
Sebelum ini, singa betina yang diberi nama Sirga itu begitu menyayangi lelaki berkenaan, Valentina Gruener, 27, kerana dia pernah menyelamatkan haiwan itu semasa masih kecil.
Sirga yang kini seberat 140 kilogram mula diajar cara untuk memburu yang turut dirakamkan bagi satu siri dokumentari mengenai kehidupan seekor anak singa yang pernah diselamatkan dan akhirnya menjalinkan persahabatan yang luar biasa dengan individu yang menyelamatkannya.
Gruener yang merupakan pekerja bagi Projek Haiwan Liar Modisa menjaga Sirga sejak tiga tahun lalu di kawasan padang rumput milik Willie De Graaff di Kalahari, Botswana menyebabkan haiwan itu menjadi manja dan tidak tahu memburu makanan sendiri.
“Sirga kini diajar untuk bertenang semasa memburu sebelum mula bertindak menangkap mangsa,” kata Gruener.
Katanya lagi, haiwan itu telah menunjukkan perkembangan yang baik setiap hari dan yakin suatu hari kelak Sirga akan mampu untuk hidup dan memburu untuk mendapatkan makanannya sendiri.
Siri dokumentari yang diberi judul Lionheart itu akan ditayangkan pada tahun ini.
Tahun lalu, klip video yang memaparkan keakraban antara Gruener dan Sirga yang dimuat naik di laman YouTube mendapat 15 juta tontonan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3PyOsn2MG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment