Pages

Saturday, January 24, 2015

Asteroid hampiri Bumi 27 Januari




LAKARAN mengenai Asteroid 2004 BL86 yang mempunyai jarak 1.2 juta kilometer dari Bumi.



KUALA LUMPUR – Peminat bidang astronomi tanah air berpeluang menyaksikan sebuah asteroid yang hanya melintasi Bumi sekali bagi setiap 200 tahun, apabila objek berkenaan akan muncul sekitar pukul 12.20 tengah malam pada 27 Januari ini.
Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), asteroid yang diberi nama Asteroid 2004 BL86 itu dijangka berada paling hampir dengan Bumi pada jarak 1.2 juta kilometer (km) atau lebih kurang tiga kali jarak Bumi ke bulan.
Bagaimanapun, Angkasa dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) menegaskan, orang ramai tidak perlu bimbang dengan kemunculan asteroid yang mempunyai saiz diameter 0.5 kilometer itu kerana ia tidak mendatangkan bahaya kepada Bumi.
“Kecerahan Asteroid 2004 BL86 dianggarkan pada magnitud kesembilan dan bergerak pada orbitnya mengelilingi Matahari dengan kelajuan 56,420 km sejam pada 26 dan 27 Januari ini.
“Pada kedudukan ini, ia kelihatan bergerak di hadapan bintang-bintang dan dapat dilihat hanya menerusi teleskop atau binokular berkuasa tinggi,” menurut Angkasa dalam satu kenyataan semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3PhSGhigS 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment