Pages

Saturday, December 13, 2014

Vladimir Putin Individu Paling Berpengaruh 2014


13 Disember 2014 1:40 AM
  0  0 Google +0



MOSCOW 12 Dis. – Presiden Rusia, Vladimir Putin mengungguli senarai Individu Paling Berpengaruh 2014 yang dikeluarkan AFP, tahun yang diselubungi konflik di Eropah dan Asia Barat dan episod-episod kezaliman melampau.
Selain pemimpin Rusia berusia 62 tahun itu, ketua kumpulan militan Negara Islam (IS), Abu Bakr al-Baghdadi dan sekumpulan pelajar perempuan dari Chibok yang diculik militan Boko Haram juga mengisi senarai itu.
Kecekalan ibu bapa kepada wartawan Amerika Syarikat (AS), James Foley, yang dibunuh oleh IS turut mengisi senarai AFP itu yang dikumpulkan oleh pengarang-pengarang kanan AFP selepas mengadakan rundingan dengan lebih 370 wartawan AFP di seluruh dunia.
Kecekalan Diane dan John Foley itu ditunjukkan menerusi kempen untuk anak lelakinya, yang menjadi tebusan pertama dibunuh oleh militan IS.
Video pembunuhan ngeri tersebut disiarkan di Internet sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.
Tahun lalu, AFP menerbitkan senarai individu paling berpengaruh diketuai Edward Snowden, bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), yang membocorkan butiran program pemantauan sulit AS.
Presiden Iran, Hassan Rowha­ni dan remaja Pakistan, Malala You­safzai yang juga penerima hadiah Nobel Keamanan tuut menjadi tumpuan dalam senarai AFP itu pada tahun lalu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/vladimir-putin-individu-paling-berpengaruh-2014-1.35790#sthash.BIxqQajG.dpuf

No comments:

Post a Comment