Pages

Friday, December 19, 2014

Hukum suami main kayu tiga

ADIK kembar Ting Su yang ditinggalkan dalam keadaan berbogel.
Suzhou
Menyedari pasangan anda main kayu tiga sudah pasti menjadi pengalaman paling pahit dalam kehidupan rumah tangga.
Pastinya, keadaan menjadi lebih teruk apabila mendapati orang ketiga itu ialah adik kembar anda sendiri.
Inilah nasib yang menimpa seorang wanita di Suzhou, bandar di timur China, yang mendapati suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan adik kembarnya.
Selepas sekian lama mengesyaki suami dan adiknya mempunyai hubungan intim, wanita berkenaan, Ting Su, 29, kelmarin menjejaki mereka dengan mengguna pengesan bergerak.
Dia berjaya menjejaki mereka di sebuah pusat beli-belah dan mendapati kedua-duanya dalam keadaan telanjang bulat di dalam kereta.
Sebaik menyedari Ting Su meninjau ke dalam kereta itu, suami dan adiknya bergegas keluar dari kereta berkenaan tanpa sebarang pakaian.
Wanita itu yang berang bagaimanapun mengambil kesempatan untuk memalukan mereka.
Dia memasuki kereta itu dan memandunya, meninggalkan suami dan adik kembarnya itu dalam keadaan berbogel, di tempat letak kereta berkenaan.
Seorang saksi, You Meng berkata: “Sungguh melucukan. Orang ramai serta-merta mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam keadaan pasangan itu. Saya juga.
“Mulanya lelaki itu menumbuk-numbuk cermin kereta, menjerit meminta isterinya membuka pintu. Tetapi si isteri tidak mempedulikannya, sebaliknya terus memandu.”
Menurut laporan media tempatan, Ting Su mengesyaki suami dan adik kembarnya menjalinkan hubungan sejak dia melahirkan anak kembar.
Dia juga dilapor sudah memfailkan tuntutan cerai.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 5:15 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17413#sthash.PGJp91yR.dpuf

No comments:

Post a Comment