Pages

Monday, December 29, 2014

Enam tahun masih menyusu dengan ibu



SUMPTER (kiri) masih menyusukan anaknya yang telah berusia enam tahun.


LONDON – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun di sini menjadi kanak-kanak tertua di United Kingdom kerana masih menghisap susu ibunya, lapor Daily Mirror kelmarin.
Ibunya, Denise Sumpter, 44, berkata, dia masih menyusukan anaknya itu, Belle walaupun dia telah berusia enam tahun.
Kanak-kanak yang menuntut di tahun dua itu akan meminta susu dada ibunya apabila dia berasa penat atau sakit.
"Dia kadangkala akan meminta susu dua kali sehari atau sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu," katanya.
Menurut Sumpter, anaknya itu akan menghisap susunya secara berseorangan atau kadangkala dengan adiknya yang berusia 18 bulan, Beau.
"Saya tidak berasa sikap Belle itu pelik sebaliknya akan terus menyusukan sehingga dia berhenti dengan sendiri. Saya tidak tahu keadaan ini akan berlarutan sampai bila," jelasnya lagi.
Sumpter yang menggelar Belle sebagai ‘susu ibu’ mengaku anaknya itu seorang kanak-kanak yang pintar dalam kebanyakan mata pelajaran dan berbakat dalam bidang nyanyian serta tarian. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3NF34Beoq 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment