Pages

Tuesday, December 9, 2014

Bayi ditanam 
dua jam masih hidup

When a doctor told Mr He that he needed to check the baby in case there was a chance she had made it, he rushed home and dug the baby girl back up from where his mother-in-law had buried her (pictured)

Happy news: Lu Xiaoyun and her husband He Yong read newspaper coverage of their happy ending
Add caption
The mother of the baby Lu Xiaoyun, thought she had suffered a miscarriage in her fourth month of pregnancy, but the baby was in fact born alive, in the sixth month 
Miracle baby: This yet-to-be-named baby girl survived being buried alive for two hours after her parents mistakenly thought she had been stillborn
Ibu bapa sangka anak sudah meninggal dunia
09 Disember 2014 1:41 AM


Bayi perempuan milik pasangan Lu Xiaoyun dan suaminya, He Yong terselamat selepas ditanam hidup-hidup selama dua jam dalam kejadian baru-baru ini. – AGENSI

BEIJING 8 Dis. - Seorang bayi perempuan pramatang di China terselamat meskipun ditanam hidup-hidup selama dua jam oleh neneknya selepas ibu bapa bayi itu menyangka anak mereka telah meninggal dunia.
Bayi perempuan itu ditanam oleh neneknya di bawah sebatang pokok di halaman rumahnya di daerah Dongdong, wilayah Liaoning di timur laut China dalam satu kejadian baru-baru ini, lapor Mirror.co.uk.
Bagaimanapun, bapa kanak-kanak itu, He Yong segera menggali semula lubang tersebut selepas doktor yang merawat isterinya, Lu Xiaoyun memaklumkan bahawa anaknya yang disangka mati mungkin masih hidup.
Dalam kejadian itu, Xiaoyun yang menyangka dia mengandung empat bulan, mengadu sakit perut sebelum mengalami pendarahan teruk semasa sedang bekerja di ladang.
Dia kemudian menghubungi suaminya supaya bergegas pulang ke rumah sebelum Yong menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah selepas melahirkan anak mereka yang dipercayai telah mati dan terus menghubungi ambulans.
Sejurus tiba di hospital, kakitangan bertanyakan bayi pasangan itu, namun mereka mendakwa anak mereka telah mati sebelum doktor menasihatkan mereka membawa anak mereka untuk diperiksa kerana bayi itu mungkin masih hidup.
Yong bergegas ke rumah dan dimaklumkan oleh ibu mertuanya bahawa dia sudah menanam cucunya sebelum Yong menggali semula lubang berkenaan bagi mendapatkan anaknya.
Dia yang mendapati anak perempuannya masih bernafas segera membawa bayi itu ke hospital dengan doktor memaklumkan bahawa anaknya telah berada dalam kandungan ibunya selama enam bulan dan bukan empat bulan seperti yang disangka mereka.
Bayi itu hanya menerima rawatan di hospital selama tiga hari kerana masalah kewangan dihadapi keluarga berkenaan, namun orang ramai bertindak menghulurkan bantuan yang membolehkan bayi itu mendapatkan rawatan semula.
“Ibu mertua saya menghidap penyakit kronik dan saya juga mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tujuh tahun. Hanya saya yang menanggung keluarga,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-ditanam-8232-dua-jam-masih-hidup-1.34230#sthash.xNpglaR7.dpuf

No comments:

Post a Comment