Pages

Sunday, December 21, 2014

Atas nama cinta

Xinjiang: Seorang warga emas yang mencari rezeki dengan mengutip sampah mendapat perhatian di Internet selepas membeli cincin berlian untuk isteri kesayangannya menggunakan wang disimpan daripada hasil kutipannya sejak bertahun lalu.
Lelaki itu dilihat membawa isterinya ke pusat beli-belah di Korla dan mengeluarkan seikat wang untuk membeli cincin buat isterinya. Imej yang dimuat naik ke Internet menjadi percakapan ramai yang rata-rata orang memuji perbuatannya yang disifatkan romantik itu.
Pengguna Weibo @zhelishixinjiang berkata, dia melihat lelaki dianggarkan berusia 70-an itu turut membantu isterinya memilih cincin paling sesuai untuknya.
“Kehidupan kami sukar dan saya cuma mahu menggembirakannya,” lelaki itu dilaporkan berkata di kedai berkenaan.
Pengguna Weibo memuji kejadian itu dan menganggap kasih sayang berpanjangan antara pasangan berkenaan membuktikan kisah percintaan romantik masih wujud pada zaman ini.
Pengguna dikenali sebagai Cailing berkata: “Saya berasal dari Korla dan ini perkara paling romantik berlaku di sini. Saya mendoakan kehidupan yang baik untuk mereka!”
“Menghadapi hari tua bersama, romantiknya,” kata seorang lagi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Disember 2014 @ 5:06 AM


Lelaki itu membantu isterinya memilih cincin yang paling sesuai.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17870#sthash.TPx4b1GT.dpuf

No comments:

Post a Comment