Pages

Monday, November 24, 2014

Tidur sebelah mayat suami

BELGIUM – Seorang warga emas bernama Marcel H. dijumpai tidur bersebelahan dengan mayat suaminya yang separa reput di apartmen kecil yang terletak di Liege.
Suami Marcel H. diserang penyakit asma dan meninggal dunia pada November tahun lalu. Wanita berkenaan terlalu bersedih atas kematian pasangannya lantas tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.
Wanita berusia 79 tahun itu kemudiannya memilih untuk membiarkan sahaja mayat suaminya sedemikian rupa lalu berterusan tidur bersebelahan selama setahun.
Polis Belgium mendapat laporan dari tuan rumah yang mengatakan bahawa dia tidak mendapat sewa rumah hampir setahun juga rungutan jiran sekeliling mengenai bau yang kurang menyenangkan datang dari apartmen itu.
Pihak berkuasa kemudiannya melakukan serbuan minggu lalu dan terkejut dengan penemuan mayat lelaki itu yang mengalami pereputan separa kerana dibiarkan dalam keadaan hangat dan kering.
Pakar patologi di Pusat Forensik Liege, Philippe Boxho, menerangkan bahawa mayat tersebut hanya memerlukan tempoh satu minggu untuk menjadi ‘mumia’ semulajadi.
“Dalam kes ini, jenazah telah mereput di atas katil maka organ dalamannya melebur dan mencair. Meskipun bau mayat yang mereput adalah sangat busuk tetapi selepas seketika, bau berkenaan akan mula berkurangan,” ujar Philippe lagi.

No comments:

Post a Comment