Pages

Wednesday, November 12, 2014

Juruterbang wanita tarik perhatian

Beijing: China mempamerkan sentuhan wanita di dalam pasukan tenteranya semalam apabila dua juruterbang pejuang wanitanya mempamerkan bakat mereka dalam pertunjukan aerobatik menggunakan jet J-10.
Dua wanita itu berjalan seiring juruterbang lain dengan berpakaian seragam dan berkaca mata hitam sebagai sebahagian daripada pertunjukan pasukan aerobatik tentera udara China, ‘August 1st’ pada pertunjukan udara perdana negara itu.
Mereka sebahagian daripada sekumpulan lima juruterbang pejuang wanita yang tidak didedahkan nama mereka.
Semuanya merekodkan lebih 750 jam masa penerbangan bagi empat jenis pesawat berbeza.
Syarikat keselamatan China dan tentera udaranya dijadualkan mempamerkan senjata dan perisaian terkininya pada pertunjukan udara di Zhuhai minggu ini, termasuk pejuang Stealth J-31 yang baru dan kapal terbang pengangkut tentera terbesarnya.
Selain itu, pasukan tentera udara Russia, ‘Knights’ - yang turut mempamerkan jet pejuang SU-35 Russia - dan Emiriyyah Arab Bersatu juga akan membuat pertunjukan pada acara berkenaan.
‘Black Eagles’ dari Korea Selatan bagaimanapun membatalkan penyertaannya selepas diberi tekanan oleh Amerika Syarikat (AS) kerana penggunaan T-50, kapal terbang supersonik yang dibangunkan bersama Korea Aerospace Industries dan firma pertahanan AS Lockheed Martin.
Sebaliknya penganjur menaikkan gambar gergasi T-50 untuk membolehkan pengunjung berangan seolah-olah mengambil gambar bersama pesawat itu.
“Memang seronok tetapi tidak sama seperti merasai pesawat yang sebenar,” kata seorang pengunjung. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 5:07 AM


Juruterbang wanita dan lelaki pesawat jet pejuang J-10 fighter selesai melakukan pertunjukan pada Pertunjukan Udara China 2014.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8397#sthash.9SOpsVEi.dpuf

No comments:

Post a Comment