Pages

Thursday, November 13, 2014

Budak lima tahun daki Base Camp Gunung Everest


HARSHIT bergambar selepas berjaya mendaki sehingga ke Base Camp Selatan yang terletak di Gunung Everest. - Agensi


KATHMANDU – Seorang budak lelaki berusia lima tahun mencipta rekod dunia apabila menjadi pendaki termuda berjaya sampai ke Base Camp Selatan pada ketinggian 5,379 meter di Gunung Everest.
Kanak-kanak itu, Harshit Saumitra yang berasal dari New Delhi, India melakukan pendakian tersebut bersama bapanya, Rajeev Saumitra ketika musim salji tebal pada Oktober lalu.
Mereka berdua mengambil masa selama 10 hari untuk melakukan pendakian sebelum tiba ke kem yang popular itu.
Rajeev berkata, dia mengambil gambar Harshit bersama sijil kelahirannya di Base Camp sebagai bukti untuk diserahkan kepada pihak Buku Rekod Dunia Guinness.
“Saya amat bangga dengan pencapaian anak saya. Dia melakukan sesuatu di luar dugaan.
“Saya amat yakin nama dia akan dicatat dalam Buku Rekod Dunia Guinness. Saya telah menghantar klip video, sijil kelahiran dan gambar Harshit kepada mereka,” katanya.
Menurutnya, mereka kini merancang untuk mendaki Gunung Kilimanjaro setinggi 5,895 meter yang terletak di Afrika. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Ixgsc0Uz 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment