Pages

Thursday, October 9, 2014

Pengemis untung besar


Makkah: Peminta sedekah meraih keuntungan besar sepanjang musim haji baru-baru ini sehingga ada yang mengaku memperoleh kira-kira SR4,000 (RM3,490) sehari.

Seorang pengemis wanita yang menamakan dirinya Sadiya Nor berkata, dia datang ke tanah suci untuk mengemis kerana yakin jemaah akan bersikap lebih pemurah sepanjang musim haji.


“Keluarga saya miskin dan wang tidak cukup untuk membayar sewa atau membeli makanan.

“Ibu bapa saya menggalakkan kami adik beradik mengemis kerana yakin jumlah yang akan diperoleh amat lumayan. Saya saja boleh mendapat sehingga SR4,000 sehari,” kata Sadiya.


Seorang wanita berusia 50 tahun berkata, ini kali pertama dia menunaikan rukun Islam kelima itu.


“Saya lihat ramai kanak-kanak, lelaki dan wanita mengemis. Saya turut melakukannya sepanjang beberapa hari lalu, termasuk di Masjidil Haram dan Mina. Saya memperoleh kira-kira SR1,200, (RM1,050) cukup untuk membeli hadiah untuk cucu dan menjelaskan bayaran lain.

Mengemis, terutamanya di sekitar Mina dan perjalanan menuju ke kawasan melontar serta kawasan suci lain adalah perkara biasa ketika musim haji. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

No comments:

Post a Comment