Pages

Friday, October 17, 2014

Lelaki berjaya buang tumor seberat 21 kg


CHUNCAI bergambar bersama doktor di Hospital Barah Fuda selepas menjalani pembedahan kedua pada 2008 di Guangzhou, China. - AGENSI
BEIJING 16 Okt. - Selepas lebih 30 tahun bergelut dengan penderitaan tumor pada wajahnya, seorang lelaki China yang dianggap sebagai Lelaki Gajah boleh menarik nafas lega selepas doktor berjaya membuang hampir keseluruhan ketumbuhan itu, baru-baru ini.
Dalam pembedahan keempat bagi menyelamatkan nyawa Huang Chuncai dari wilayah Hunan itu, doktor berjaya membuang 21 daripada 25 kilogram ketumbuhan besar pada wajahnya yang menjuntai hingga ke pinggang dan dianggap sebagai tumor wajah terbesar di dunia.
Penyakit saraf dalam kategori 'neurofibromatosis' yang dialami lelaki berusia 37 tahun itu adalah yang terburuk pernah direkodkan dan menyukarkan Chuncai untuk bergerak, apatah lagi untuk makan dan tidur selepas ketumbuhan tersebut membesar sehingga 1.2 meter panjang.
Bagaimanapun, selepas pembedahan keempat yang juga terakhir bagi menyelamatkan nyawa Chuncai yang berlanjutan sehingga tujuh tahun, tumor seberat 21 kilogram di wajah Chuncai berjaya dibuang.
"Saya fikir, wajah Chuncai kali ini lebih kecil. Kami amat gembira kerana kehidupannya akan lebih mudah dan lebih gembira selepas ini,'' kata ibu Chuncai, He Baohua.
"Saya harap, saya boleh bekerja ataupun membantu di kedai kami. Saya tidak lagi kelihatan menakutkan seperti sebelum ini kerana tumor saya kini semakin mengecil,'' kata Chuncai seperti yang dilaporkan Mirror.co.uk.
Chuncai hidup dengan membiarkan penyakit itu terus membesar selama 30 tahun kerana kedua ibu bapanya tidak mampu membiayai kos perubatan untuk memulihkan penyakitnya hingga mengakibatkan tekanan tumor pada tulang belakangnya membantutkan pembesaran dan mengakibatkannya menjadi bongkok.
Bagaimanapun, liputan meluas media pada 2007 bagi meningkatkan kesedaran tentang penyakit yang dialami Chuncai membuatkan kerajaan China menawarkan lelaki itu menjalani pembedahan pada wajahnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141017/lu_10/Lelaki-berjaya-buang-tumor-seberat-21-kg#ixzz3GLvLInNF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment