Pages

Thursday, October 16, 2014

Gambar Wanita Malaysia Dengan Ikan Paus Bangkit Kemarahan Australia


Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 8:38 AM

PETALING JAYA: Gambar seorang wanita rakyat Malaysia bersama ikan paus yang dipotong kulit oleh nelayan di jeti Tanjung Gemok, dekat Pulau Tioman telah mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia dan Australia.

Sebuah portal dalam talian melaporkan bahawa seorang pengguna Facebook telah memuat naik beberapa gambarnya  dengan spesis dilindungi itu yang dipotong kulit oleh nelayan pada 4 Oktober lalu.

Dia didakwa menulis 'gembira' kerana ini adalah kali pertama melihat spesis tersebut.

Dipercayai ikan itu telah dipotong untuk dijual di pasaran tempatan.

Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada ikan paus tersebut memang diburu oleh pemburu haram, tidak sengaja ditangkap oleh nelayan, atau terdampar di pantai.

Portal Australia PerthNow juga melaporkan berita tentang wanita ini yang bergambar dengan spesis tersebut yang merupakan lambang binatang laut yang baharu di Australia Barat dan membangkitkan kemarahan di kalangan warga Australia.

Komen di laman web Australia mempersoalkan keperluan untuk membunuh ikan paus, dengan beberapa orang menyeru agar pendakwaan dikenakan terhadap pemburu.

Gambar-gambar ini telah dikeluarkan dari Facebook.

3 comments:

  1. Perempuan tak cerdik. Kalau ambik gambarpun buat apa letak di facebook? Saja cari pasal.

    ReplyDelete
  2. Ni bukan ikan paus tapi ikan Yu Paus @ whale shark....spesis ikan terbesar di dunia.

    ReplyDelete
  3. rocky the great brown dick says: aku faham perasaan wanita tuh.. mase aku ambek gamba dengan ikan selar kuning yang dijemur nelayan pon teruk aku kene kutok satu donia terutama penduduk St Kitts & Neves.. kesian aku

    ReplyDelete