Pages

Friday, September 19, 2014

Sifat ganas cimpanzi bukan kerana manusia


Sifat ganas cimpanzi adalah semula jadi dan bukan akibat pengaruh manusia. - GAMBAR HIASAN
NEW YORK 18 Sept. - Kajian saintis dari Amerika Syarikat (AS) mendapati sifat ganas cimpanzi merupakan kelakuan semula jadi spesies tersebut, sekali gus menolak dakwaan yang menyatakan keganasan yang ditonjolkan haiwan itu berpunca daripada pengaruh dan interaksi dengan manusia.
Portal berita Mail Online yang memetik kajian sepasukan 30 penyelidik dari Universiti Minnesota melaporkan, kajian itu turut merungkai perdebatan ahli primatologi dan antropologi tentang konsep 'peperangan' sesama cimpanzi, apabila sebelah pihak mendakwa spesies berkenaan bergaduh atas faktor sumber asas seperti makanan dan pasangan.
Sebelah pihak lagi pula berkata, peperangan itu tercetus akibat pengaruh manusia ke atas cimpanzi seperti kemusnahan habitat dan sumber makanan.
Namun, penyelidik dari universiti berkenaan, Michael Wilson yang melakukan kajian selama 14 tahun ke atas habitat cimpanzi di hutan Congo berkata, kesimpulan penting menunjukkan majoriti serangan ganas dan mangsa serangan adalah dilakukan cimpanzi jantan disebabkan pertambahan tinggi spesies jantan berbanding cimpanzi betina.
Jelasnya, pengaruh manusia bukan punca cimpanzi berkelakuan ganas sesama sendiri, sebaliknya bintang terbabit berasa terancam apabila habitat mereka dimusnahkan untuk pembangunan.
"Cimpanzi liar kebiasaannya berpecah kepada dua kumpulan, bergantung sama ada haiwan itu wujud dalam suasana habitat yang tidak terusik atau telah diganggu oleh manusia.
"Cimpanzi merupakan spesies semula jadi yang ganas terutamanya spesies jantan dan keganasan yang berlaku sesama mereka adalah evolusi yang telah lama berlaku," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140919/lu_11/Sifat-ganas-cimpanzi-bukan-kerana-manusia#ixzz3Di84h8u4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment