Pages

Wednesday, September 3, 2014

Saman ibu bapa kerana tak mampu sara diri


Chiangsha: Seorang model berusia 29 tahun di wilayah Hunan merancang menyaman ibu bapanya atas alasan tidak menyokongnya dari segi kewangan.

Kuan Zhengxuan yang hanya lulus sekolah rendah dan kini menjadi model di sebuah sekolah seni berkata, dia gagal memperoleh kerja dengan gaji tinggi.

“Saya tidak mahu menjadi ‘kenlaozu’ (orang dewasa sihat yang masih bergantung kepada ibu bapa.) Masalahnya, saya tidak mampu untuk menyara diri saya sendiri,” katanya.

Bapa Kuang, pendatang dari Hubei berkata, anaknya sering memukulnya kerana tidak memberinya wang.

“Saya tidak mampu menyara anak yang sudah berusia 29 tahun,” katanya.

Lebih 30 peratus kanak-kanak di China yang mencapai usia dewasa masih memerlukan sokongan kewangan daripada ibu bapa masing-masing.

Dalam dua kes sebelum ini, dua ibu bapa memohon mahkamah membantu mengusir anak mereka yang enggan bekerja walaupun selepas tujuh tahun menamatkan pelajaran di universiti.



- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/03

No comments:

Post a Comment