Pages

Sunday, September 28, 2014

Penyembah setan bersalah


Sebaik hukuman itu dibacakan di mahkamah Springfield, Massachusetts, Caius Veiovis menjerit ke arah juri: “Saya tunggu anda di neraka.” 
Juri berkenaan menimbang kes lelaki itu sejak minggu lalu.

Veiovis juga didapati bersalah atas tiga tuduhan menculik dan tiga dakwaan mengancam saksi dalam pembunuhan David Glasser, Edward Frampton dan Robert Chadwell.
Foto
Caius Veiovis

Mayat ketiga-tiga mangsa ditanam di tanah persendirian di Becket.

Dua lelaki lain yang dituduh bersama Veiovis turut didapati bersalah tetapi masih menanti hukuman.

Seorang defendan itu mahu Glasser mati supaya dia tidak boleh menjadi saksi perbicaraan satu kes lain terhadapnya.

Dua lagi dibunuh kerana mereka melihat pembunuhan Glasser.

Veiovis bersama-sama Adam Lee Hall dan David Chalue menculik, membunuh dan mencincang David Glasser, Edward Frampton dan Robert Chadwell dengan parang.

Menurut undang-undang Massachusetts, dia berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Veiovis pernah dipenjara tujuh setengah tahun di Maine pada 1999 atas kesalahan mencederakan seseorang.

Dia yang ketika itu dikenali sebagai Roy Gutfinski dan teman wanitanya berusia 16 tahun mengelar belakang badan seorang remaja belasan tahun dengan pisau cukur sebelum berkucupan sambil menjilat darah.

Akhbar Kennebec Journal melaporkan, Gutfinski mendakwa dia pontianak dan penyembah setan. Dia menukar namanya ketika di penjara. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/28

No comments:

Post a Comment