Pages

Sunday, September 14, 2014

Pasangan dihukum penjara abai kesihatan anak



PASANGAN kekasih (gambar kecil) dihukum penjara kerana membiarkan dua orang mereka hidup dalam rumah kotor di Thornaby-on-Tees, Britain. - Agensi


YORKSHIRE UTARA - Sepasang kekasih dari bandar Thornaby-on-Tees di sini dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mengabaikan kesihatan dua orang kanak-kanak dalam sebuah rumah yang kotor dan bersepah, lapor portal MailOnline, kelmarin.
Pasangan itu, Gillian Hendry bersama kekasihnya, Craigh Dick masing-masing berusia 34 tahun didapati gagal mendapatkan rawatan katarak terhadap seorang anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun sehingga kanak-kanak itu buta sebelah mata.
Mereka juga didapati gagal memastikan seorang lagi anak perempuan yang berusia dua tahun tinggal dalam keadaan bersih dan sempurna.
"Anda berdua mendakwa terlalu sibuk walaupun tidak bekerja dan hidup atas manfaat yang diberikan," kata Hakim Mahkamah Diraja Teesside, Corwson.
Mahkamah yang mengadili mereka menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun setengah terhadap Hendry, manakala Dick dipenjarakan selama dua tahun dua bulan. Pasangan itu tidak mungkin akan mendapat hak penjagaan lagi ke atas kedua-dua anak mereka. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3DG8dZAAe 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment