Pages

Friday, September 5, 2014

Mekanik bina kereta Ghostbusters



REPLIKA kereta Ghostbusters yang diubah suai Harborne dan Jordan.


DUDLEY, Britain - Seorang mekanik mengambil masa selama dua tahun dan membelanjakan hampir £50,000 (RM158,972) bagi mengubah suai sebuah kereta klasik menjadi replika sebuah kereta yang pernah digunakan dalam filem Ghostbusters, lapor MailOnline kelmarin.
Mekanik tersebut, Paul Harborne, 52, berkata, dia mengambil masa selama beberapa tahun untuk mencari sebuah kereta jenis Cadillac Miller-Meteor model tahun 1960 untuk digunakan dalam projek berkenaan.
Katanya, selepas menemui kereta itu dia bersama rakannya, Tim Jordan mengambil masa selama dua tahun lagi untuk mengubah suai kereta berkenaan.
"Saya mengecat kereta ini dengan warna putih dan meletakkan logo Ghostbusters serta memasang beberapa peralatan menangkap hantu seperti yang terdapat dalam filem itu," katanya.
Menurutnya, dia membina replika kereta Ghostbusters tersebut kerana ia tidak pernah dilakukan oleh mana-mana individu sebelum ini.
"Terdapat beberapa replika kereta Batmobile daripada filem Batman tetapi kereta Ghostbusters ini adalah yang pertama," ujarnya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0905&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3CNsl6xtQ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment