Pages

Friday, September 12, 2014

Kucing jalani rejim senaman turun berat badan

LAMPLEY memeluk King Leo yang kini menjalani rejim senaman dan diet bagi menurunkan berat badannya menggunakan terapi alat larian treadmill air. - AGENSI
NASHVILLE 11 Sept - Seekor kucing gemuk yang ditemui dalam keadaan selekeh ditinggalkan di tepi jalan, kini menjalani rejim senaman dan diet bagi menurunkan berat badannya menggunakan terapi alat larian treadmill air.
Akhbar Daily Mail melaporkan, King Leo seberat 13.6 kilogram itu ditemui dalam keadaan kotor setelah ditinggalkan di kaki lima sebatang jalan di Nashville, Tennessee oleh seorang pemandu lori.
Kucing baka Maine Coon berusia 10 tahun itu kemudian dibawa ke Pusat Penjagaan dan Kawalan Haiwan Metro sebelum dipindahkan ke Kedai Penyelamat Kucing yang bertindak mencukur bulu haiwan comel tersebut dan memperkenalkan rejim senaman bagi menurunkan berat badan kepada kucing berkenaan.
Seorang juruteknik veterinar, LaTisha Lampley, 34, bertindak memelihara kucing itu selepas menjaganya di pusat haiwan itu.
"King Leong seekor kucing yang menarik, periang dan penyayang. Ia sentiasa mahu bermain dan suka bergurau serta diusap perutnya," kata Lampley yang berasal dari Spring Hill, Tennessee.
Tahap kesihatan kucing itu kini dipantau dan setiap perkembangan terbaharu King Leo akan dimuat naik ke laman sosial Facebooknya, katanya.
"Sebaik-baik sahaja kami meletakkannya di dalam air, ia mula berjalan di atas treadmill seperti ia biasa melakukan senaman itu," katanya, yang turut menggabungkan rejim senaman dengan diet pemakanan yang ketat bagi membantu kucing itu menurunkan berat badannya dengan lebih berkesan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140912/lu_08/Kucing-jalani-rejim-senaman-turun-berat-badan#ixzz3D3DeAQ17
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment