India tiba di Marikh |
Kejayaan itu diumumkan Perdana Menteri India, Narendra Modi yang turut disambut sorakan kumpulan saintis di Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India berhampiran Banglore.
Difahamkan, misi tersebut bertujuan mengesan kehadiran metana di atmosfera Marikh bagi membuktikan kewujudan primitif di planet terbabit.
Pelancaran kapal angkasa berwarna emas tersebut dilakukan selepas India menghantar kapal angkasa tanpa manusia, Chandrayaan ke bulan pada 2008.
Sebelum ini, hanya Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia dapat tiba di planet tersebut manakala lebih separuh misi penjelajahan ke Marikh gagal termasuk cubaan Jepun pada 2003 dan China pada 2011 dalam laporan AFP.
India membelanjakan berbillion-billion USD untuk misi ini padahal berjuta-juta rakyatnya masih hidup di dalam kemiskinan tegar!! Begitu juga dng Malaysia...USD21M dibelanjakan untuk menghantar so called angkasawan..tapi what is the result? Sheer waste of money!! Ramai lagi rakyat kita yg miskin dan melarat!
ReplyDelete