Pages

Wednesday, September 10, 2014

Gunting kemaluan sampai habis


Fuzhou (China) : Ia berlaku lagi. Seorang wanita di sini dilapor memotong kemaluan suaminya yang berusia 35 tahun sebelum membuangnya ke dalam tandas, semalam.

Wanita berkenaan bertindak demikian kerana mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.

Suaminya terselamat dalam kejadian itu dan dibawa ke hospital untuk dirawat, lapor akhbar Sina News.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila si suami pulang dalam keadaan mabuk kira-kira jam 3 pagi.

“Selepas buka pintu, si isteri mengambil gunting lalu menggunting kemaluan suaminya dan membuangnya ke dalam tandas,” katanya.

Menurut sumber, si isteri mengesyaki mangsa berfoya-foya dengan wanita lain.

Sebaik bapa lelaki berkenaan mengetahui, dia menelefon polis.

Apabila mangsa tiba di hospital, doktor mendapati tidak ada langsung kemaluannya yang tinggal.

Mereka memberitahu bapa mangsa, jika ditemui dan disambung semula sekalipun, ia tidak akan berfungsi dengan baik.



- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10

No comments:

Post a Comment