Pages

Saturday, September 20, 2014

Bayi dalam pembetung


Polis percaya wanita muda itu mahu menyembunyikan kehamilannya dengan membiarkan bayi itu jatuh ke dalam tandas di asrama pelajar universiti berkenaan di bandar di wilayah Shandong ini.

Bayi terselamat itu kerana paip berkenaan tidak cukup besar menyebabkan dia tersekat.
Pelajar yang menggunakan tandas asrama itu mendengar tangisan bayi malang berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Anggota bomba yang datang ke tempat kejadian terkejut melihat bayi itu tersekat di dalam paip dan menangis.

“Sukar menyelamatkannya dari atas. Dia jatuh ke dalam tandas dan melurut masuk ke paip pembentung, tersekat di antara tingkat tiga dan empat bangunan asrama,” kata jurucakap bomba tempatan, Tao Fang.
Foto
BAYI itu terperangkap dalam saluran paip.
Pasukan penyelamat memecahkan paip di tingkat tiga sebelum menolak bayi untuk disambut rakan mereka di tingkat empat.

Dalam pada itu, polis menjejaki ibu bayi itu yang juga pelajar dan menetap di bangunan asrama berkenaan.
Pegawai berkata, mereka masih menunggu hasil soal siasat sebelum memutuskan tuduhan yang akan dikenakan terhadapnya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/20

No comments:

Post a Comment