Pages

Saturday, September 6, 2014

Askar terselamat dibunuh selepas pura-pura mati



GAMBAR yang diambil dalam satu rakaman video yang disiarkan oleh kumpulan IS menunjukkan Ali Hussein (dalam bulatan) terbaring bersama mayat-mayat askar Iraq yang dibunuh di Tikrit pada Jun lalu.


BAGHDAD - Seorang askar Iraq yang ditawan kumpulan militan Negara Islam (IS) terselamat dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai askar negara itu di Tikrit pada Jun lalu selepas dia berpura-pura mati, lapor The New York Times kelmarin.
Askar tersebut, Ali Hussein Kadhim yang merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian pembunuhan seramai 560 askar Iraq yang dianggap paling kejam dilakukan oleh militan IS.
Katanya, dia terselamat selepas peluru yang ditembak oleh seorang militan IS ke arah kepalanya tersasar.
"Selepas menyedari peluru itu tersasar saya berpura-pura mati dan terbaring bersama berpuluh-puluh mayat yang lain.
"Selepas militan IS beredar, saya kemudiannya melarikan diri pada waktu malam dan terpaksa bersembunyi di beberapa kampung selama beberapa minggu bagi mengelak dikesan," katanya.
Ali Hussein, 23, memberitahu, dia menyertai tentera Iraq pada awal Jun lalu kerana tidak mempunyai pekerjaan dan ditempatkan di sebuah pangkalan tentera di Tikrit.
"Apabila IS menawan Mosul yang terletak kira-kira 240 kilometer dari Tikrit kami bimbang mereka akan menawan pangkalan kami menyebabkan saya dan beribu-ribu askar yang lain melarikan diri.
"Bagaimanapun, ketika separuh perjalanan kami ditangkap oleh militan IS dan dibawa ke satu lokasi berhampiran Sungai Tigris sebelum ditembak," ujarnya.
Lelaki itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak yang masih kecil memberitahu, dia terpaksa memakan cacing untuk hidup serta berlindung di sebuah perkampungan di Tikrit sebelum berjaya pulang semula ke kampung halamannya di Erbil.
"Saya kini membantu pakcik saya menguruskan sebuah ladang kurma di sini dan saya tidak akan kembali menyertai tentera lagi," jelasnya. - Agensi


Artikel terpelihara  
 

No comments:

Post a Comment