Pages

Friday, August 29, 2014

Usahawan 16 tahun miliki dua kereta klasik


Ollie bergaya dengan sebuah daripada kereta klasiknya. - AGENSI
TOWCESTER, Britain 28 Ogos - Seorang usahawan yang baru berusia 16 tahun di Northamptonshire, memiliki dua perniagaan Internet yang berjaya dan dua buah kereta klasik, namun dia didapati masih tiada lesen memandu kerana terlalu muda.
Akhbar Daily Mail melaporkan, Ollie Forsyth yang berasal dari Towcester itu melancarkan dua perniagaan dan berkongsi membeli dua buah kereta klasik bersama bapanya walaupun masih tidak cukup umur untuk memandu.
Dua buah kereta antik itu ialah 1967 Triumph dan 1930 Austin Ulster.
Remaja dari Pury End itu menghasilkan 13,000 pound (RM67,750) setahun melalui perniagaan kedai fesyen Internet yang dibukanya pada usia 13 tahun dan membuka cawangan lain tahun lalu yang kini menghasilkan pendapatan sebanyak 2,000 pound (RM10,423.1) setahun.
Dia yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan setelah membuka kedai teh pada usia enam tahun, mula bersungguh-sungguh untuk berjaya selepas dikesan menghidapi disleksia pada usia empat tahun.
Bagaimanapun, pada suatu hari dia turut berharap dapat memandu kereta antiknya tersebut.
"Saya bukan seorang lelaki yang pandai. Saya berbesar hati kerana mula berniaga pada usia muda kerana tahap keyakinan saya kini semakin berkembang dan pada usia muda saya telah memiliki segalanya.
"Saya rasa tanpa disleksia, saya tidak akan memulakan satu perniagaan. Penyakit itu membuatkan saya berubah," katanya.
Ibu Ollie berkata, anaknya itu sentiasa bersemangat sejak dari kecil lagi dalam bidang perniagaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140829/lu_09/Usahawan-16-tahun-miliki-dua-kereta-klasik#ixzz3BjaOvRrq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment