Pages

Tuesday, August 19, 2014

Perkosa 100 mayat

Cincinnati (Amerika Syarikat): Seorang pekerja rumah mayat mengaku dia mungkin melakukan hubungan seks dengan lebih 100 mayat wanita dan terus melakukan perbuatan itu walaupun setelah isterinya mendedahkan perbuatannya kepada majikannya.

Pekerja rumah mayat daerah Hamilton Kenneth Douglas yang masih dalam penjara selepas didapati bersalah memperkosa tiga mayat, mengaku perbuatan kejinya itu dalam satu wawancara audio.
“Saya akan naik ke atas mayat dan menanggalkan seluar saya sebelum merogol mereka,” katanya.

Bercakap mengenai mayat seorang mangsanya, Charlene Appling, Douglas berkata: “Saya masih ingat pergi ke tempat simpanan mayat, menarik mayatnya keluar ke bilik belakang dan mengadakan seks dengannya.”
Foto
DOUGLAS
Foto
MANGSA (dari kiri) Charlene, April dan Karen.

Mengenai jumlah mayat, Douglas berkata: “Mungkin sehingga seratus.”

Menurut lelaki itu, tabiat buruknya itu berpunca daripada arak dan dadah.

“Jika saya tidak minum atau mengambil dadah ketika pergi kerja, ia tidak akan terjadi. Saya akan melakukannya apabila saya mengambil dadah atau minum arak,” katanya.

Isterinya, dalam keterangannya kepada penyiasat pula berkata, dia cuba mendedahkan mengenai tabiat suaminya kepada seseorang, tetapi tindakannya itu menyebabkan dia dipecat.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan, WCPO, Douglas mengaku mengadakan seks dengan mayat April Hicks, Karen Range and Charlene Appling. 

Charlene dan Karen adalah mangsa pembunuhan.

Pada 2008, ujian DNA mengesahkan air mani Douglas ditemui dalam mayat Karen dan dia dikenakan hukuman tiga tahun penjara selepas mengaku bersalah.

Pada 2012, Douglas sekali lagi mengaku bersalah, kali ini atas tuduhan memperkosa mayat April dan Charlene. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/19

No comments:

Post a Comment