Pages

Friday, August 22, 2014

Militan penggal kepala wartawan dipercayai warga Britain



IMEJ yang diambil dari sebuah klip video menunjukkan seorang anggota IS yang memegang sebilah pisau berdiri di sebelah Foley.


LONDON - Militan Negara Islam (IS) yang memenggal kepala wartawan Amerika Syarikat (AS), James Foley di Iraq dipercayai merupakan antara pejuang jihad Britain yang dikenali sebagai The Beatles, lapor akhbar MailOnline semalam.
Ketika pihak berkuasa Britian melancarkan operasi untuk memburu militan tersebut, seorang bekas tebusan kumpulan IS berkata, dia percaya lelaki itu merupakan warga kota raya ini yang dikenali sebagai John.
Agensi perisikan Britain kini semakin hampir untuk mengenal pasti identiti pembunuh yang memotong leher Foley dalam satu klip video yang tersebar di internet.
Militan tersebut yang dipercayai seorang anggota kanan IS, terlibat dalam sebuah operasi pertukaran tebusan pada awal tahun ini.
Setakat ini, agensi perisikan Britain menggunakan teknik pengecaman suara canggih untuk mengenal pasti militan IS dalam klip video IS tersebut.
Rakaman selama lima minit itu telah ditonton oleh beribu-ribu orang di internet.
Militan IS warga Britain yang menggunakan tangan kirinya dan memakai but Timberland itu bercakap menggunakan loghat London Timur.
Dalam klip video tersebut, dia membuat beberapa ugutan terhadap Presiden AS, Barack Obama dan Barat.
Pada Selasa lalu, seorang lelaki yang ditahan di bandar Raqqa, Syria mendakwa militan tersebut merupakan seorang yang bijak dan berpendidikan.
Menurutnya, beberapa tebusan antarabangsa menggelarkan John dan militan Inggeris yang lain sebagai The Beatles kerana mereka berasal dari United Kingdom. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3B4T8YdNt 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment