Pages

Wednesday, August 27, 2014

36 tahun bawa janin


Wanita berusia 60 tahun itu hamil ketika berusia 24 tahun, tetapi mengalami keguguran akibat kandungan membesar di luar rahim, kata seorang doktor, semalam. 
Wanita berkenaan dari kawasan luar bandar di tengah India takut menjalani pembedahan mengeluarkan baki janin itu, sebaliknya hanya mendapatkan ubat tahan sakit di klinik tempatan. 

Walaupun kesakitan itu beransur pulih, ia bagaimanapun kembali beberapa tahun kemudian, memaksanya mendapatkan bantuan perubatan, kata pakar di hospital di Nagpur, Murtaza Akhtar.
Foto
RANGKA janin yang disusun semula selepas dikeluarkan dari perut wanita berusia 60 tahun itu.

“Dia datang kepada kami, mengadu sakit perut,” kata pakar itu.

Doktor mendapati bawah kanan perutnya membengkak dan bimbang ia mungkin barah. 

“Tetapi kami terkejut melihat keputusan imbasan. Ia sebenarnya rangka manusia yang sudah lama berada di dalam perutnya,” katanya.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27

No comments:

Post a Comment