Pages

Wednesday, July 2, 2014

Rambut ‘petak’ untuk muda

Taipei: Seorang lelaki pertengahan usia menjadi tumpuan kerana gaya rambutnya yang berbentuk empat segi tepat.

Lelaki yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Wu, dikatakan berbuat demikian kerana mahu dilihat muda oleh gadis yang sebelum ini menolak cintanya.
Wu, 54, saintis makmal perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan dan berpendapatan kira-kira TWD70,000 (RM7,507) sebulan, masih bujang.

Menurutnya, dia mengenakan gaya rambut itu kerana mahu kelihatan seperti lelaki berusia 20 atau 30-an tahun dengan harapan gadis yang dulu menolak cintanya akan terpikat.
Foto
RAMBUT unik Wu daripada pelbagai sudut.

Untuk menggayakan rambut itu bukan mudah.

Wu berkata, dia memerlukan dua botol gel dan menghabiskan dua jam untuk membentuk gaya rambutnya itu dan hanya boleh menyikat sekali setiap 15 hari.

Lelaki berkenaan yang menggunakan khidmat kereta api untuk berulang-alik ke tempat kerja, menarik perhatian orang ramai hingga ada yang menggelarnya ‘Lelaki Berkepala Empat Segi.’-Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

No comments:

Post a Comment