Pages

Tuesday, July 29, 2014

Kanak-kanak berusia tiga tahun pandu jip



DUA anggota bomba memeriksa kerosakan pada dinding sebuah rumah yang dilanggar sebuah jip yang dipandu oleh seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Myrtle Creek, Oregon.


MYRTLE CREEK, Oregon - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan memandu sebuah jip sebelum melanggar dinding rumah dan kemudian bergegas masuk ke rumahnya untuk menonton rancangan kartun di televisyen.
Pihak polis berkata, kanak-kanak itu yang cuma memakai lampin dilihat memanjat jip berkenaan dan menekan gear kenderaan tersebut.
Beberapa saksi berkata, jip itu meluncur ke jalan raya melalui satu persimpangan.
Kenderaan itu kemudian merempuh sebuah rumah menyebabkan rumah berkenaan mengalami kerosakan kecil.
Sebuah stesen televisyen, KPTV berkata, seorang pegawai yang melakukan siasatan menemui kanak-kanak itu berada di atas kerusi panjang sambil menonton televisyen.
Pegawai itu berkata, kedua ibu bapanya tidak berada di rumah ketika kejadian, manakala saudara-mara yang lain sedang tidur.
Polis kemudian membuat satu laporan ke atas seorang lelaki, Brennan Pennington yang berusia 22 tahun kerana gagal menyelia seorang kanak-kanak. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0728&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz38nvFMAsI 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment