Pages

Thursday, July 3, 2014

Jumpa kereta dicuri selepas 33 tahun


George Talley akhirnya 'dipertemukan' semula dengan kereta Corvette miliknya yang hilang sejak 33 tahun lalu. - REUTERS
DETROIT 2 Julai - Kali terakhir George Talley melihat kereta kesayangannya, model Chevrolet Corvette 1979 adalah pada tahun 1981 selepas kenderaan itu diletakkan di Jefferson Avenue, di sini.
Selepas 33 tahun kereta tersebut hilang, Talley pada 13 Jun lalu, menerima panggilan telefon mengejutkan daripada syarikat insurans AAA, memberitahu bahawa kenderannya itu berada di balai polis di Hattiesburg, Mississippi, kira-kira 1,344 kilometer di barat daya Detroit.
"Itu adalah hari paling bertuah kerana akhirnya kereta saya dijumpai. Syarikat insurans memberitahu, kereta saya sedia untuk diambil," katanya semalam dalam satu kenyataan.
Talley bagaimanapun, mendapat layanan kelas pertama apabila Naib Presiden Eksekutif Pembangunan Produk General Motor, Mark Reuss menawarkan untuk membawa pulang keretanya.
Kereta Corvette itu diterimanya pagi semalam di ibu pejabat General Motor di Detroit, hanya tiga kilometer dari lokasi dicuri.
"Kisah Talley membuatkan saya tersenyum. Sebagai pemilik kereta Corvette, saya tahu keghairahan terhadap kenderaan ini," ujarnya.
Talley, 71, memiliki tiga buah lagi kereta Corvette, namun model 1979 merupakan kegemarannya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140703/lu_10/Jumpa-kereta-dicuri-selepas-33-tahun#ixzz36LrThDQp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment