Pages

Friday, July 25, 2014

Ibu hidap kanser Ovari hamil lagi


Reid bersama anak lelaki sulung,Jack teruja selepas disahkan mengandung lagi walaupun dia disahkan menghidap kanser ovari. - AGENSI
NEWCASTLE 24 Julai - Bagi seorang wanita, disahkan berbadan dua adalah momen paling indah kerana membuktikan dirinya seorang yang normal.
Namun, bagi Lisa Reid, 28, selepas disahkan menghidapi kanser ovari, dia dinasihatkan oleh doktor supaya tidak mengandung lagi kerana ia boleh menjejaskan kesuburan.
Bagaimanapun, setahun kemudian, Reid yang mempunyai seorang anak, Jack, 6, disahkan mengandung sembilan minggu.
"Kehidupan saya adalah jauh lebih baik dan saya sangat puas hati dan gembira," ujarnya kepada portal Mail Online.
Katanya, berita dirinya hamil adalah sesuatu yang pelik kerana dia disahkan menghidap kanser pada tahun lalu dan dinasihatkan tidak boleh mengandung lagi.
Sebelum disahkan menghidapi kanser, Reid sering mengalami sakit perut dan merasakan terdapat ketulan besar di bahagian perutnya.
Doktor pada mulanya hanya menyatakan Reid mengalami gastrik dan hernia.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan dan imbasan mendapati dia mempunyai sel ketumbuhan sepanjang 20 sentimeter di bahagian ovari.
Pasukan perubatan memberitahu Reid perlu menjalani pembedahan selama tiga jam untuk membuang ketumbuhan ikuti sembilan kali sesi kimoterapi.
Setiap tahun, kira-kira 7,100 wanita disahkan mengalami kanser ovari di United Kingdom.
"Dengan hanya memiliki satu ovari ia memberi kesukaran kepada saya untuk mempunyai anak yang ramai dan rawatan kimoterapi juga memberi kesan kepada kitaran haid menyebabkan peluang untuk mengandung sangat tipis," ujarnya yang terlalu teruja untuk memiliki anak kedua tidak lama lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140725/lu_09/Ibu-hidap-kanser-Ovari-hamil-lagi#ixzz38QgdUfTv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment