Pages

Tuesday, June 17, 2014

Saman hospital sebabkan kemaluan pendek 2.5sm


Montreal: Seorang lelaki menyaman sebuah hospital setelah pembedahan yang dijalaninya menyebabkan kemaluannya menjadi pendek kira-kira 2.5 sentimeter (sm).

Lelaki berkenaan dikejarkan ke hospital pada 2011 kerana mengalami kecederaan pada kemaluannya ketika melakukan seks dengan isterinya.


Dia menjalani pembedahan tetapi ia meninggalkan parut pada kemaluannya dan juga menyebabkan senjata sulitnya itu bertambah pendek.

Lelaki itu, dalam samannya berkata, dia tidak dapat mengadakan seks sejak itu, menyebabkan isterinya meninggalkannya.


Dia menuntut bayaran sebanyak RM457,000 sebagai ganti rugi kerana kecuaian yang dilakukan pihak hospital.


“Kesan daripada kecuaian mereka terhadap kehidupan saya adalah lebih teruk daripada saya patah kaki sebelum ini,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

No comments:

Post a Comment