Pages

Wednesday, June 25, 2014

Robot serupa manusia


Japanese android expert Hiroshi Ishiguro, second left, and National Museum of Emerging Science and Innovation Miraikan Chief Executive Director Mamoru Mohri, second right, pose with a female-announcer robot called Otonaroid, right, and a girl robot called Kodomoroid during a press unveiling of the museum´s new guides in Tokyo Tuesday, June 24, 2014. The latest creations from Osaka University Prof. Ishiguro are the Otonaroid, the Kodomoroid and Telenoid, a hairless mannequin head with pointed arms that serves as a cuddly companion. The robots with silicon skin and artificial muscles were shown to reporters at Miraikan museum on Tuesday. (AP Photo/Shizuo Kambayashi)Tokyo: Robot ciptaan terbaru yang dipamerkan di sebuah muzium di bandar raya ini kelihatan hampir serupa dengan manusia dengan gaya percakapan yang sangat lembut.



Dengan kulit silikon dan otot tiruan, dua robot bersaiz manusia yang dinamakan Kodomodroid dan Otonadroid dipamerkan di Muzium Sains Baru dan Inovasi Nasional di Tokyo bermula semalam membolehkan pengunjung melihat dan berkomunikasi dengan robot berkenaan.


Profesor Universiti Osaka, Hiroshi Ishiguro, pakar dalam bidang robotik yang menghasilkan ciptaan terbaru itu berkata, ia sesuatu yang sangat berguna untuk penyelidikan berhubung komunikasi antara manusia dengan robot.



“Mencipta android sebenarnya mengkaji erti menjadi seorang manusia. Ia merangkumi soal emosi, kesedaran dan pemikiran,” katanya.


Dalam demonstrasi yang dijalankan, robot berkenaan mampu menggerakkan bibir ketika bercakap, mengangkat kening, berkelip, dan menggerakkan kepala serta tangan.


Kodomodroid juga mampu membaca berita dengan lancar dan menyebut ayat yang sukar secara jelas.

Otonadroid yang direka dengan penampilan seorang wanita pula, mampu mengeluarkan pelbagai suara berdasarkan teks percakapan yang dimasukkan.


Menurut Hiroshi, Jepun menjadi pendahulu dalam penghasilan robot peneman manusia namun menyatakan negara itu masih lagi di belakang Amerika Syarikat dalam penghasilan robot ketenteraan.

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang penghasilan robot, Hiroshi kini lebih menjurus ke arah rekaan mirip manusia termasuk yang menyerupainya dan lebih menarik lagi, dia menghantar robot itu untuk ‘mewakilinya’ mengajar di luar negara.


Pendekatannya itu berbeza dengan sesetengah saintis yang menganggap rekaan seumpamanya adalah sia-sia malah menakutkan dan robot perlu kelihatan seperti mesin.


Hiroshi juga menyatakan dengan bangganya bagaimana sebuah syarikat Internet Jepun, Softbank Corporation baru-baru ini memperkenalkan sebuah robot yang diberi nama ‘Pepper’, menyerupai C-3PO dalam filem Star Wars dan akan dijual dengan harga kurang dari 200,000 yen (RM6,306).


Penghasilan Pepper bermakna penggunaan robot dalam kehidupan seharian kini semakin meningkat di Jepun.


“Robot kini semakin menjadi barangan yang mampu dimiliki sama seperti mempunyai komputer riba,” katanya dalam satu kenyataan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

No comments:

Post a Comment