Pages

Saturday, June 14, 2014

Rawatan ikan hidup untuk penyakit asma


Penduduk tempatan berpusu-pusu mendapatkan rawatan ikan hidup bagi menyembuhkan penyakit asma di Hyderabad, India. - AGENSI
NEW DELHI 12 Jun - Beribu-ribu penduduk India dari seluruh pelosok membanjiri selatan bandar Hyderabad pada bulan Jun setiap tahun bagi mendapatkan rawatan ikan hidup secara percuma untuk menyembuhkan penyakit asma, lapor laman web MailOnline.
Rawatan tradisional itu yang dipelopori keluarga Bathini Goud itu turun-temurun menggunakan ikan hidup serta formula rahsia herba bagi merawat masalah pernafasan.
Bagaimana pun, keluarga tersebut tidak akan mendedahkan ramuan rahsia ubat itu yang dikatakan diturunkan oleh seorang sami Hindu pada 1845.
Pesakit dirawat dengan menelan ubat herba berserta ikan sardin atau murrel hidup sepanjang 5 sentimeter yang dikatakan akan mencuci tekak dan mampu menyembuhkan asma serta penyakit pernafasan lain sekiranya rawatan diteruskan selama tiga tahun.
Selepas itu, pesakit perlu menjalani diet ketat selama 45 hari.
Rawatan percuma itu dibuka selama dua hari ketika musim monsun bermula setiap Jun.
Dalam pada itu, kumpulan hak asasi dan doktor mendakwa rawatan tradisional itu tidak saintifik dan tidak mengutamakan kebersihan, serta menyalahi hak asasi manusia, namun dakwaan itu disangkal keluarga Bathini.
Dakwaan itu juga tidak menghalang orang ramai mendapatkan rawatan itu.
Kerajaan India turut menyediakan kereta api khas dan polis bantuan bagi mengawal orang ramai yang datang ke tempat itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140613/lu_06/Rawatan-ikan-hidup-untuk-penyakit-asma#ixzz34Yn6InKG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment