Pages

Monday, June 23, 2014

Penggunaan kanta lekap tidak betul bawa mudarat



KAEDAH pemakaian kanta lekap yang tidak betul didapati berisiko tinggi menyebabkan mata akan menjadi rosak atau buta.


KUALA TERENGGANU - Seorang pakar mata memberi amaran trend menggunakan kanta lekap yang semakin meningkat mungkin boleh membawa mudarat jika pengguna tidak mengikut kaedah pemakaian yang betul.
Pakar perunding Oftalmologi Hospital Pakar Kuala Terengganu, Dr. Azhar Zainuddin berkata, ramai pengguna tidak mempunyai pengetahuan mengenai cara pemakaian dan penggunaan kanta lekap.
"Sekarang ini, kita lihat ramai orang membeli kanta lekap di pasar-pasar malam atau di kedai-kedai biasa tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu.
"Trend ini membahayakan kerana memakai kanta lekap memerlukan penjagaan rapi dan pemakaian yang betul," katanya kepada Bernama di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0623&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz35PXTFnRF 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment