Cape Town: Seorang lelaki yang cemburu, menikam kekasih baru teman wanita, memotong mayat mangsa dan mengeluarkan hatinya sebelum memakannya.
Polis bergegas ke tempat kejadian di sebuah rumah di bandar Gugulethu, di sini semalam selepas menerima aduan daripada jiran yang ketakutan. “Di tempat kejadian, mereka menemui suspek, warga Zimbabwe, sedang asyik memakan hati mangsa dengan mengguna pisau dan garpu,” kata jurucakap polis Frederick van Wyk kepada akhbar Cape Times.
Wanita yang menjadi tumpuan dalam cinta tiga segi itu memberitahu polis, kekasih lamanya datang ke rumah yang didiaminya bersama kekasih baru dan mereka berbual sebelum dia memberinya duit dan menyuruhnya membeli arak.
Van Wyk berkata, sekembalinya ke rumah, dia terkejut mendapati kekasihnya Mbuyiselo Manona, 62, terlantar kerana ditikam.
Jiran yang menyedari kekecohan di rumah itu berkata, mereka mengintai menerusi tingkap dan ternampak suspek memotong hati mangsa dan memakannya.
“Kami tidak percaya melihat apa yang berlaku. Kami menjerit menyuruhnya dia berhenti tetapi dia tidak mengendahkannya. “Polis yang tiba juga takut untuk masuk ke dalam rumah itu,” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13
No comments:
Post a Comment